Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, malam tadi. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sabah bawa bekalan tipis ke Kota Kinabalu

ByBernama

KUCHING, 16 Dis: Kuching City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, malam tadi.

Jaringan tunggal Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-32 memberikan kelegaan buat skuad Sang Badak yang dikendalikan oleh Martin Stano.

Keputusan ini memberi kelebihan tipis kepada Sabah FC menjelang aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 23 Dis ini.

Aksi babak pertama dikuasai oleh Sabah FC apabila Farhan menjaringkan gol menerusi tandukan dalam kawasan kotak penalti dan walaupun Kuching City cuba bangkit, benteng pertahanan kental Sabah FC berjaya menangkis segala gerakan dan percubaan pihak lawan.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah gigih mencari peluang untuk menyamakan kedudukan namun semua percubaan mereka gagal menembusi gawang Sabah FC.

Walaupun pengadil memberikan tambahan masa kecederaan selama lima minit, keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan