KUCHING, 16 Dis: Perkara dinanti-nantikan penyokong bola sepak negara iaitu revolusi Harimau Malaya dijangka bermula hari ini.
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, tiga perkara pertama bakal diumumkan yang menyaksikan perubahan berlaku dalam kem Harimau Malaysia.
Menurut Tunku Ismail, jurulatih baharu Harimau Malaya dan Harimau Muda akan diumumkan pada 16 Disember.
“Terdapat mesyuarat bersama wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai usaha mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara,” katanya menerusi hantara di laman media sosial.
Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah teknikal Harimau Malaya pula akan diumumkan selepas ketua jurulatih diketahui umum.
“Isnin akan dimumkan berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan digunakan bagi memberi impak kepada skuad kebangsaan.
“Selepas (pengumuman) ketua jurulatih selesai, akan diumumkan CEO dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.
“Ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain berdarah campuran Malaysia yang beraksi di luar negara,” ujarnya TMJ.
Pengumuman mengenai jurulatih baharu Harimau Malaya menarik perhatian ramai dengan Peter Cklamovski disebut-sebut sebagai calon utama.-TVS