Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan hingga mengakibatkan kematian. Foto IPD Mukah

Polis mohon bantuan kesan suspek kes bunuh

MUKAH, 16 Dis: Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan hingga mengakibatkan kematian di rumah pekerja sebuah ladang kelapa sawit di daerah ini pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa maut merupakan lelaki warganegara asing berumur 29 tahun yang bekerja di ladang tersebut.

Menurutnya, mangsa ditetak menggunakan objek tajam menyebabkannya cedera parah di bahagian leher dan perut.

“Motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham. Suspek dikenali sebagai Aci yang juga warganegara asing telah melarikan diri ke kawasan ladang selepas kejadian dan dia dikehendaki pihak polis untuk membantu siasatan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah melancarkan Ops Kesan yang turut disertai oleh unit anjing pengesan K9 dan Pasukan Gerakan Am (PGA). Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat ASP Jarraw Anak Madong di talian 013-8335929 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. -TVS

Tags: ACI, bunuh, mukah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan