Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra yang sedang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, untuk sambutan rasmi di Dataran Perdana hari ini. Foto Bernama

PM Thailand diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Dis: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, diberi majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini.

Paetongtarn yang tiba di sini semalam untuk lawatan sulungnya ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Ogos lepas, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tiba pada pukul 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormatan oleh tiga pegawai dan 102 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat).

Majlis itu turut dihadiri pasangannya, Pidok Sooksawas dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, anggota Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Paetongtarn kemudian menandatangani buku pelawat sebelum mengadakan perjumpaan dengan Anwar di bawah kerangka kerja Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand (AC) ke-tujuh.

Perjumpaan itu bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala, meneroka bidang kerjasama baharu, dan meningkatkan kerjasama serantau.
Selepas AC ke-7, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kebudayaan, kesenian, dan warisan, serta pembangunan industri getah dan kerjasama ekonomi.

Lawatan Paetongtarn menekankan persahabatan yang terjalin lama dan hubungan kukuh antara Malaysia dan Thailand sebagai jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN.

Pada 2023, Thailand merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia di dunia dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah US$24.83 bilion (RM113.16 bilion).

Antara Januari dan Oktober 2024, perdagangan dua hala telah mencecah US$20.75 bilion (RM95.50 bilion), berbanding US$20.69 bilion (RM94.37 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan