Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak mengadakan pertemuan strategik bersama gergasi tenaga Jepun seperti ENEOS dan Sumitomo Corporation. Foto: TVS

Misi Sarawak teroka pelaburan baharu dari Jepun

ByDouglas Elliot

TOKYO, 16 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengorak langkah besar dengan mengadakan pertemuan strategik bersama gergasi tenaga Jepun seperti ENEOS dan Sumitomo Corporation.

Langkah berkenaan adalah sebagai usaha membuka peluang pelaburan baharu dalam tenaga hijau dan teknologi dengan negara matahari terbit itu.

Dengan projek mega H2ornbill di Bintulu menjadi fokus utama, bersama sokongan rakan kongsi perbankan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) dan Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC).

Dalam misi ini, Abang Johari turut bertemu Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun untuk memperkukuh jalinan kolaborasi.

Kunjungan turut disertai dua Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Esok, Premier akan melanjutkan lawatannya ke ibu pejabat Boeing Japan bagi meneroka penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Ia secara tidak langsung membuktikan Sarawak bersedia mendepani revolusi tenaga global sekali gus mengukuhkan peranan wilayah ini sebagai peneraju tenaga baharu yang lestari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan