Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan di Jalan Siniawan-Kuching malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu kemalangan kendiri di Bau

BAU, 16 Dis: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan di Jalan Siniawan-Kuching di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Murad Tuah Neli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.45 tengah malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi, mangsa berusia 37 tahun tersepit di bahagian pemandu kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal, Unit EMRS bomba memasang cervical collar dan KED pada mangsa.

“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan