Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila sebuah bot kayu terbalik di Sungai Benue, tengah Nigeria, pada Sabtu. Foto AFP

Lebih 20 maut dalam kemalangan bot di tengah Nigeria

ByBernama

ABUJA, 16 Dis: Sekurang-kurangnya 20 orang maut apabila sebuah bot kayu terbalik di Sungai Benue, tengah Nigeria, pada Sabtu, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Kemalangan itu berlaku di negeri Benue ketika para peniaga sedang dalam perjalanan pulang dari pasar mingguan, menurut pegawai tempatan Melvin James.

“Beberapa orang masih hilang,” kata James, sambil menambah bahawa penyelam tempatan masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut seorang saksi, mangsa yang terlibat kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Kemalangan bot kerap berlaku di Nigeria, biasanya disebabkan oleh muatan berlebihan, cuaca buruk dan kesilapan operasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan