Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu. Foto fail AFP

Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi

ByBernama

MANILA, 16 Dis: Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu, lapor Xinhua.

Kanlaon, yang terletak di sempadan Wilayah Negros Oriental dan Negros Occidental di Pulau Negros, Filipina tengah, meletus pada 9 Disember lepas, menghamburkan kepulan besar abu yang menjulang lebih 4,000 meter ke udara.

Arahan itu dikeluarkan oleh Raul Fernandez, Pengarah Pejabat Pertahanan Awam di Wilayah Visayas Barat, meminta pihak berkuasa tempatan di kedua-dua wilayah itu menyelesaikan pemindahan penduduk menjelang Isnin.

Langkah itu diambil susulan peningkatan aktiviti gunung berapi yang mendorong pihak berkuasa bertindak pantas bagi melindungi penduduk daripada bahaya risiko. Bagaimanapun, terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.

Penduduk yang masih belum berpindah diminta mematuhi arahan itu bagi mengelakkan risiko akibat kemungkinan letusan baharu, kata Fernandez. Beliau menegaskan kerajaan telah melaksanakan strategi pemindahan menyeluruh untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan sekiranya berlaku letusan yang dahsyat.

Pada Jumaat, Presiden Ferdinand Marcos Jr memaklumkan lebih 45,000 penduduk dari perkampungan sekitar gunung berapi itu telah dipindahkan ke lokasi selamat.

Marcos turut memaklumkan kerajaan menyasarkan pemindahan kira-kira 84,000 penduduk yang berada dalam zon bahaya.

Pada Ahad, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan peningkatan gempa gunung berapi dan pelepasan gas dari Kanlaon serta mendapati struktur gunung berapi itu sedang mengembang. Institut itu memberi amaran bahawa aktiviti berkenaan berpotensi mencetuskan letusan berbahaya yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan