Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cukai 40 sen terhadap minuman bergula yang diperkenalkan pada 2019 telah membawa impak positif terhadap kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Pengenalan cukai gula beri impak positif terhadap kesihatan awam

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Cukai 40 sen terhadap minuman bergula yang diperkenalkan pada 2019 telah membawa impak positif terhadap kesihatan awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kata beliau, selain berjaya mengawal harga pasaran, cukai berkenaan juga telah mengurangkan pengambilan minuman manis khususnya dalam kalangan remaja.

“Pengenaan cukai (juga) hanya menyebabkan kenaikan harga pasaran sebanyak 2.24 peratus, jauh lebih rendah berbanding 8.83 peratus yang dijangkakan.

“Lebih penting terdapat pengurangan ketara dalam pengambilan minuman bergula oleh remaja daripada 36.9 peratus kepada 16.4 peratus ” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Susan Chemerai Anding yang ingin tahu keberhasilan yang dapat dicapai melalui pelaksanaan cukai gula oleh kerajaan dan adakah ia dapat memberi kesan positif kepada impak kesihatan awam khususnya dari segi pengambilan gula oleh masyarakat.

Sementara itu Dzulkefly memaklumkan golongan muda dan berpendapatan rendah yang sering menjadi pengguna utama minuman manis turut mendapat manfaat daripada langkah ini.

“Pada masa sama, pengeluar minuman juga telah mengambil inisiatif proaktif dengan merumuskan semula produk mereka.

“Sehingga kini, sebanyak 242 produk minuman telah diformulasi semula dengan kandungan gula yang lebih rendah dan dijual di bawah program Healthier Choice Logo (HCL),” tambah beliau.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menjangkakan kenaikan kadar cukai gula kepada RM0.90 seliter mulai Januari 2025 akan memperkukuh keberkesanan dasar tersebut.

“Kenaikan kadar cukai ini diharapkan dapat mengurangkan lagi pengambilan minuman bergula serta meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan gaya hidup lebih sihat,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan