Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Negara: Kem PLKN 3.0 dipasang CCTV 24 jam, elak buli

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Setiap kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilengkapkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kes buli.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan latihan yang selamat dan kondusif bagi peserta.

Tamban beliau, seramai 32 warden akan bertugas sepanjang masa di semua kem terlibat.

“(Selain itu) struktur pengambilan peserta yang seragam akan mengurangkan risiko berlakunya budaya senior-junior, yang sering menjadi punca insiden buli.

“Peserta PLKN 3.0 akan memulakan latihan secara serentak, tanpa wujudnya perbezaan senior atau junior. Ini memastikan tiada peluang untuk budaya buli berkembang,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu beliau memaklumkan, kerajaan akan membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta yang meliputi kos makan, minum, penginapan dan keperluan asas lain sepanjang program.

“Program akan bermula pada Januari dengan jumlah peserta seramai 200 orang pada pengambilan pertama, sebelum ditingkatkan kepada 500 peserta pada fasa kedua,” katanya,

Dewan Negara: LPPKN bangunkan dua modul, tangani isu kekeluargaan

Sementara itu ketika menjawab soalan Senator Roderick Wong di Dewan Negara berkenaan syarat bagi pengambilan peserta Mohamed Khalid memaklumkan, pelatih-pelatih akan dipilih melibatkan remaja Malaysia yang dilahirkan pada tahun remaja tersebut berumur 18 tahun.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet-kadet sekolah,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan