Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peter Cklamovski (kiri) diumumkan sebagai Ketua Jurulatih baharu Harimau Malaya manakala Nafuzi Zain (kanan) dipilih sebagai pengendali baharu skuad B-23 negara. Foto, FAM.

Cklamovski ketua jurulatih baharu Harimau Malaya

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski diumumkan sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya susulan penstrukturan semula pengurusan pasukan kebangsaan.

Jurulatih kelahiran Australia berusia 46 tahun itu akan memulakan tugas pertamanya bersama kem kebangsaan dengan sasaran memastikan skuad Harimau Malaya dapat memberikan saingan yang lebih hebat pada Kelayakan Piala Asia 2027, Mac depan.

Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Cklamovski pernah bekerja selama lebih 15 tahun di bawah pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou ketika mereka bersama-sama mengemudi skuad kebangsaan Australia menjuarai Piala Asia 2015 dan kemudian menjuarai Liga J1 2019 ketika mereka mengemudi kelab Jepun, Yokohama F. Marinos.

“Beliau hadir ke Malaysia untuk menyediakan satu set staf kejurulatihan yang mantap demi memastikan para pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya diberi tunjuk ajar yang sebaiknya, sekali gus dapat meningkatkan kemampuan dan kemahiran mereka untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.

Revolusi Harimau Malaya bakal bermula hari ini

“Sebagai permulaan, misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan H bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi, selain memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia,” kata FAM menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, FAM turut mengumumkan pengendali baharu skuad B-23 negara dengan tugas itu kini akan digalas oleh bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain.

“Kredibiliti Nafuzi yang kini berusia 46 tahun juga ditagih dalam usaha memperkasakan semula skuad B-23 kebangsaan yang kebelakangan ini kelihatan kurang menyinar di pentas antarabangsa.

“Rekod dan pengalaman Nafuzi dalam mengendalikan pasukan bawah umur tidak boleh dinafikan apabila beliau berjaya membawa Kelantan menjuarai Piala Presiden sebanyak tiga kali iaitu sebagai penolong ketua jurulatih pada 2011 dan 2013 serta sebagai ketua jurulatih pada 2015,” katanya.

FAM berkata, Nafuzi memikul tugasan penting untuk skuad B-23 kebangsaan pada tahun 2025 iaitu kembali bangkit pada kempen Kejuaraan B-23 ASEAN 2025, Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan Sukan SEA 2025 di Thailand.

Kedua-dua individu itu akan memulakan tugasan secara rasmi bersama FAM pada 1 Januari 2025. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan