Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M akan diadakan di Kuching pada 4 Januari 2025. Foto Front Row Asia (FB)

Boney M mulakan konsert jelajah ulang tahun di Kuching

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Dis: Penganjuran Konsert Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di sini pada Januari 2025 dijangka mampu meningkatkan daya tarikan Sarawak sebagai destinasi kebudayaan dan pelancongan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya yakin acara sedemikian akan membantu Sarawak mencapai sasarannya untuk menyambut lima juta pengunjung pada 2025.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Front Row Live Series 2025. Foto TVS

“Kami sangat teruja mengumumkan bahawa siri jelajah itu akan bermula dengan Bonnie M memulakan Konsert Ulang Tahun ke-50 mereka tahun depan di Kuching sebagai tapak pelancaran mereka.

“Kami rasa amat berbesar hati kerana pada awal tahun depan, kita akan menerima sebuah band antarabangsa yang sangat popular,” katanya pada sidang media Front Row Live Series 2025 di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Front Row, Zaid Zaini berkata, konsert itu dijangka akan menarik seramai 4,000 pengungjung.

“Pihak kami dengan gembira mengumumkan bahawa semua tiket untuk tempat duduk Kategori D telah habis dijual. Kategori D adalah di tingkat atas dan kesemua tiket habis dijual sepenuhnya.

“Buat masa ini, kami telah mencapai sehingga 70 peratus bagi penjualan tiket tersebut,” ujarnya.

Jelajah itu akan bermula di Kuching, pada 4 Januari, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), sebelum meneruskan ke Jakarta di Pullman Jakarta Central Park, Kuala Lumpur di Mega Star Arena dan Singapura di Arena @ Expo Hall 7.

Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M adalah sebahagian daripada Front Row Live Series 2025, anjuran Front Row Entertainment dengan sokongan MTCP dan penaja syarikat penerbangan AirAsia.

Acara penting yang lain di bawah program ini termasuk Kuching International Comedy Fest 2025 (KICF) dan Konsert Live@Miri.

Boney M yang ditubuhkan pada tahun 1970-an, mempunyai lagu hits seperti Rasputin, Daddy Cool, Ma Baker dan Rivers of Babylon.

Menurut Abdul Karim lagi, kehadiran kumpulan vokal disko legenda ini di Kuching akan menyerlahkan usaha untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi global bagi hiburan bertaraf dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan