Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto ASTAF (FB)

ASTAF mahu perluas penglibatan OKU

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) sedang giat berusaha memastikan sukan sepak takraw diperkenalkan secara meluas kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) di seluruh dunia

Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata pihaknya akan menghantar surat cadangan kepada kerajaan bagi memastikan komuniti tersebut diberikan peluang yang sama rata dalam dunia sukan, selaras dengan usaha menggalakkan penyertaan mereka.

“Walaupun ia bukan tugas mudah, negara-negara yang terlibat telah menunjukkan keterbukaan untuk melaksanakan perbincangan.

“Memandangkan ASTAF dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mempunyai jumlah ahli yang ramai, kami yakin dapat memastikan perkembangan sukan sepak takraw kepada sebanyak mungkin komuniti OKU di pelbagai negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan perbincangan dengan negara-negara ahli ASTAF dan ISTAF menunjukkan tanda-tanda positif.

Abdul Halim, yang juga Setiausaha Agung ISTAF, berkata pihaknya akan menghubungi Majlis Sukan Paralimpik setiap negara bagi mendapatkan sokongan terhadap pengenalan sukan sepak takraw kepada komuniti tersebut.

“Saya pasti mereka yang istimewa atau mempunyai kelainan upaya fizikal ini mampu mencipta impak dalam meluaskan jangkauan sukan sepak takraw di peringkat Asia dan antarabangsa.

“Saya juga yakin menjelang 2025/2026, ISTAF boleh melaksanakan acara sepak takraw untuk komuniti ini di pelbagai negara sebagai langkah permulaan. Ini tidak hanya terhad kepada Malaysia bahkan Thailand, Indonesia, Iran, Singapura, India, Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan