Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 52 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas mencecah 45,028. Foto AFP

Angka kematian di Gaza melebihi 45,000 di tengah-tengah serangan genosid Israel

ByBernama

ANKARA, 16 Dis: Sekurang-kurangnya 52 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas mencecah 45,028, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Menurut kenyataan kementerian itu bahawa seramai 106,962 orang lagi cedera dalam serangan yang berterusan.

“Pasukan Israel membunuh 52 orang dan mencederakan 203 yang lain dalam tujuh pembunuhan keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas,” menurut kementerian itu.

“Ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” katanya.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza berterusan meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera.

Tahun kedua genosid di Gaza ini semakin mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi menyifatkan serangan dan sekatan penghantaran bantuan kemanusiaan sebagai percubaan sengaja untuk memusnahkan penduduknya.

Pada bulan lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berhadapan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berikutan serangan yang dilancarkan ke atas Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan