Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali beramah-mesra bersama ibu-ibu serta bayi pada Program Ziarah Kasih Biro Wanita SABERKAS Sarawak di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Ziarah Kasih tanda keprihatinan Biro Wanita SABERKAS Sarawak

KUCHING, 15 Dis: Program kemasyarakatan merupakan salah satu inisiatif yang begitu sinonim dengan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dalam menyantuni semua lapisan masyarakat di wilayah ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan) merangkap Pengerusi Biro Wanita SABERKAS Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, program Ziarah Kasih kelolaan bironya itu merupakan usaha untuk mengukuhkan silaturahim antara masyarakat terutama ibu-ibu di Wad Bersalin Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kita mengadakan program Ziarah Kasih, di mana Wanita SABERKAS turun ke hospital memberi sumbangan dan membawa keceriaan kepada ibu-ibu yang bersalin dan melahirkan anak.

“Ini merupakan program pertama kita untuk menyambut Krismas dan ini salah satu daripada aktiviti Wanita SABERKAS untuk memberi keceriaan kepada komuniti  dan hari ini kita memilih untuk melawat hospital dan wad ibu-ibu bersalin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selesai Program Ziarah Kasih Biro Wanita SABERKAS Sarawak di Kuching pada Ahad.

Pada masa yang sama, Sharifah Hasidah turut mengagihkan 120 beg hadiah berisi makanan asas keperluan berpantang diagihkan kepada ibu-ibu yang baharu bersalin sebagai tanda penghargaan serta kasih-sayang terhadap pengorbanan kepada golongan wanita hebat ini.

Program Ziarah Kasih Biro Wanita SABERKAS Sarawak turut disertai oleh 10 ahli exco wanita biro tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan