Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama penerima anugerah dari TVS pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024 yang berlangsung di Kuching, malam ini. Foto Mohd Gusti Noorambia

TVS rangkul 12 anugerah, ungguli Anugerah Premier pada KJA 2024

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Dis: TVS berjaya merangkul 12 anugerah termasuk mengungguli Anugerah Premier kategori Penyiaran Televisyen dan Video Dalam Talian pada Majlis Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024 yang berlangsung di sini, malam ini.

TVS cemerlang menerusi Anugerah Kewartawan Perniagaan & Ekonomi, Anugerah Kewartawanan Kemampanan, Anugerah Kewartawanan Penyiaran, Anugerah Pelaporan Sukan, Anugerah Pelaporan Berita dan Anugerah Kewartawanan – Ciri dan Ciri Berita.

Anugerah Premier berjaya diraih Amirah Syazwani Shawel dan jurukamera Mohamed Raffiq Mohammad dengan laporan Inovasi Midin Bawa Kelainan Dalam Dunia Gastronomi, selain turut memenangi Anugerah Emas Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi (Televisyen dan Video Dalam Talian) dengan laporan yang sama.

Selain itu, Steward Dawi telah berjaya memenangi tempat pertama dalam dua kategori berbeza, iaitu Anugerah Emas Kewartawanan – Ciri dan Ciri Berita dengan laporan Diksionari Salin English-Iban Mantu Negapka Sepil Sereta Ngerembaika Leka Jaku Baru) dan Anugerah Emas Kewartawanan Kelestarian menerusi laporan Palan Solar Melepung Keterubah Sarawak Ba Batang Ai Mantu Ngurangka Pemansut Karbon, selain turut meraih Anugerah Gangsa Pelaporan Berita dengan laporan Pemujur Bangie Embol Ngangkatka Tenun Pua Ngagai Tikas Antarabansa Patut Diteladan.

Bagi Anugerah Emas Kewartawanan Penyiaran (Televisyen dan Video Dalam Talian) pula dimenangi oleh Muhammad Muqri Zulfadhli Abd Aziz dengan laporannya Awas Serangan Jantung, Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala.

Bigol Sulang pula merangkul Anugerah Emas Pelaporan Sukan dengan laporan Bonnie Bunyau Mencipta Rekod Baru Dunia Paralimpik 2024 dan Anugerah Gangsa Kewartawanan Kelestarian dengan laporan Budaya Kita Tidak Akan Hilang Sentiasa Ada Penyambung Legasi – Ketuai Asadia.

Antara pemenang-pemenang Anugerah KJA 2024 yang lain termasuk Priscilla John Pillai, Mohamad Fiqri Razak, Febbright Ansie James@Tuba, Abdul Aziz Soleh dan Muhammad Hafeezzur Rahman Muzamir.

Pemenang tempat pertama membawa pulang RM3,000, tempat kedua RM2,000 manakala tempat ketiga RM1,000 bagi semua kategori.

Sementara itu, pada majlis tersebut, penghormatan turut diberikan kepada wartawan dan juruvideo veteran, Basri Mohamad yang juga bekas wartawan TV3 yang berpangkalan di Sarawak, dengan Anugerah Tokoh Wartawan yang berprestij atas sumbangannya yang luar biasa dalam bidang kewartawanan.

Majlis penyampaian anugerah kepada pemenang telah disampaikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan