Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga suspek utama kes bunuh di sebuah pangsapuri di Sungai Tapang direman tujuh hari bermula hari ini. Foto Mohamad Gustie Noorambia (TVS)

Tiga suspek utama kes bunuh di pangsapuri, direman tujuh hari

ByShafik Ahmad

KUCHING, 15 Dis: Tiga suspek utama kes bunuh di sebuah pangsapuri di Sungai Tapang direman tujuh hari bermula hari ini.

Kesemua suspek hadir ke Kompleks Mahkamah Kuching pada jam 9 pagi tadi dengan berpakaian lokap.

Majistret Ling Hui Chuan membenarkan permohonan perintah reman yang difailkan pegawai penyiasat, ASP Sylvarius bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika dihubungi berkata ketiga-tiga berjaya ditangkap di tiga lokasi berasingan di Kuching pada Sabtu.

Kesemua suspek merupakan warga tempatan berusia antara 32 hingga 48 tahun.

Sebelum ini, polis Padawan turut menahan reman tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes sama.

Pada 2 Disember lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan menerusi satu siaran media memaklumkan seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun ditemui mati dengan kesan tetakan pada bahagian badan di sebuah pangsapuri kira-kira 4.40 pagi.

Menurut Mohd Irwan, kes disiasat di bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan