Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto fail TVS

Premier Sarawak dijadual lawat Tokyo, adakan pertemuan bersama syarikat gergasi Jepun

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Dis: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal mengadakan lawatan kerja rasmi selama lima hari ke Jepun, bermula hari ini.

Antara lain, lawatan itu bertujuan untuk menghadiri mesyuarat bersama syarikat-syarikat gergasi berkaitan tenaga hijau di negara matahari terbit berkenaan.

Pada Isnin, Abang Johari dijadual untuk melawat ENEOS Central Technical Research Laboratory di Yokohama bagi meneroka peluang perniagaan baharu berasaskan teknologi.

Pada sebelah petang pula, beliau akan mengadakan pertemuan bersama syarikat ENEOS Corporation, Sumitomo Corporation, Japan Bank for International Cooperation (JBIC) dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun.

Jadual padat turut menanti Abang Johari pada Selasa dengan lawatan ke ibu pejabat Boeing Japan mengenai bahan api penerbangan mampan (SAF), selain mesyuarat bersama Mitsubishi Corporation dan Mitsui OSK Line.

Beliau juga bakal menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MOU) antara Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bersama Pertama Ferroalloy dengan Asia Minerals.

Dalam rangka lawatan sama, Abang Johari akan melawat loji hidrogen bersepadu pertama di dunia iaitu Takasago Hydrogen Park di Hyogo.

Loji ini menempatkan kemudahan canggih yang merangkumi keseluruhan rantaian hidrogen dari pengeluaran, penyimpanan dan penggunaan serta pengeluaran hidrogen pirus yang menghasilkan hidrogen tanpa pelepasan karbon dioksida.

Antara rakan dagang terbesar Sarawak, lawatan kerja Abang Johari ke Jepun juga bertujuan untuk meraih potensi pelaburan baharu terutamanya dalam pembangunan tenaga hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan