Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Grunsin Ayom semasa Plaza Cheers to 12th Christmas, acara sempena sambutan ulang tahun ke-12 Plaza Merdeka di Kuching, semalam. Foto Ezzany (TVS)

Plaza Merdeka ikon pemacu pertumbuhan budaya dan komuniti Bandaraya Kuching

ByAdlina Rahman

KUCHING, 15 Dis: Plaza Merdeka yang meraikan ulang tahun ke-12 pada 12 Disember lalu, kini menjadi ikon utama dalam memacu pertumbuhan budaya, ekonomi, dan komuniti di Bandaraya Kuching.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, sejak pembukaannya pada tahun 2012, Plaza Merdeka telah memberi impak besar kepada kehidupan masyarakat tempatan serta menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

Katanya, dalam inisiatif kerajaan tempatan untuk menghidupkan kembali kawasan bersejarah di bandaraya itu, Plaza Merdeka berjaya menjadi antara penyuntik kepada kemajuannya.

“Bersama dengan mercu tanda terkenal seperti Jambatan Darul Hana, Muzium Budaya Kolonial, dan Masjid India Bandar Kuching, Plaza Medeka telah menyuntik kehidupan baharu ke pusat bandar ini.

“Selain itu, Plaza Medeka turut menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, seperti MIMA dan Maraton Kuching, yang telah meningkatkan daya tarikan Kuching sebagai destinasi pelancongan utama.

“Acara muzik, penggambaran filem, dan sambutan perayaan yang diadakan di sini menjadi bukti dedikasi Plaza Medeka dalam menyokong pembangunan budaya dan seni di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Dato Grunsin Ayom yang hadir bagi mewakili beliau di Plaza Cheers to 12th Christmas, acara sempena sambutan ulang tahun ke-12 pusat beli-belah itu di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, Plaza Merdeka terus memainkan peranan penting dalam meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi Sarawak dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk memastikan warisan tempatan terus diwarisi oleh generasi akan datang.

“Dengan gabungan visi inovatif dan komitmen terhadap komuniti, Plaza Medeka terus memainkan peranan penting sebagai pusat aktiviti yang merapatkan hubungan masyarakat tempatan dan mempromosikan warisan budaya Kuching. Pusat beli-belah ini bukan sahaja simbol pertumbuhan bandar tetapi juga lambang kebanggaan budaya Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd dan Merdeka Waterfront Hotel Sdn Bhd, Steve Ng, Pengarah Eksekutif Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd dan Merdeka Waterfront Hotel Sdn Bhd, Datin Anriza Wong Cordero serta Pengarah Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd dan Merdeka Waterfront Hotel Sdn Bhd, Datin Azerina Mohd Arip.

Sambutan ulang tahun ke-12 ini turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, di mana seorang pelanggan berpeluang memenangi kereta elektrik Ora Good Cat bernilai RM117,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan