Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Samarahan dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjalan mengikut jadual. Foto NADHIM BOHARI (TVS)

Pembinaan SMK Sri Samarahan dan Hospital Pengajar UNIMAS mengikut jadual

ByIzzah Kamilah Yunus

KOTA SAMARAHAN, 15 Dis: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Samarahan dan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjalan mengikut jadual.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau berpuas hati dengan pembinaan sekolah itu, namun memberi teguran berkaitan dengan pelaksanaan projek tersebut yang perlu diberikan perhatian terutamanya dari segi keselamatan.

“Saya ingin mengetahui secara terperinci reka bentuk dan cara pelaksanaan projek yang beberapa sudut saya pandang untuk keselamatan para guru dan pelajar disebabkan laluan pejalan kaki yang menghubungkan jalan dari bangunan ke bangunan.

“Sama ada bumbung itu cukup untuk melindungi, sekiranya hujan lebat dikhuatiri kawasan itu akan terdedah dan menyebabkan takungan air sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan memudaratkan keselamatan para guru dan pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan Hospital Pengajar UNIMAS di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pembinaan hospital, Fadillah berkata, pembinaannya kini dalam 52 peratus telah diselesaikan dan sekali gus mengingatkan bahawa pandangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UNIMAS sebagai pihak pengguna perlu diambil kira dalam pelaporan dan penilaian projek.

Beliau mencadangkan agar satu mesyuarat melibatkan semua pihak yang terlibat dalam projek ini diadakan bagi membincangkan isu-isu yang timbul dan memastikan penyelesaian yang sesuai dapat dicapai. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan