BAU, 15 Dis: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu kemalangan di Jalan Krokong di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Mohamad Lamchi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 1.16 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.
“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja telah terbabas di tepi jalan mengakibatkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan ‘scoop strecher’ dalam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, Unit EMRS seterusnya memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum menghantar mangsa ke Hospital Bau menggunakan jentera EMRS.-TVS