Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Sum merasmi Bomba Komuniti Kawasan Merapok Tahun 2024. Foto TVS

Kerjasama rakyat jayakan agenda pembangunan – Henry Sum

LAWAS, 15 Dis: Penglibatan dan kerjasama rakyat dituntut dalam memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, pembangunan dalam memastikan keselesaan penduduk tidak hanya terletak sepenuhnya kepada kerajaan sebaliknya memerlukan penglibatan rakyat.

Kata beliau, rakyat termasuk di kawasan luar bandar perlu memberi kerjasama dalam menjayakan sebarang agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

“Kerajaan mempunyai perancangan untuk masa depan yang lebih cerah dan lebih baik untuk Lawas.

“Oleh itu, kemajuan itu tidak akan tercapai jika kerajaan sahaja yang berusaha malah rakyat kita harus bersama berganding bahu untuk kita mencapai cita-cita dan hasrat kita bersama,” katanya pada perasmian Bomba Komuniti Kawasan Merapok Tahun 2024 hari ini.

Turut sama ialah Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Azman Ibrahim.

Kata Henry Sum lagi, pembangunan yang diusahakan Kerajaan Sarawak hanya mampu dicapai melalui perpaduan dan kesepakatan rakyat berbilang kaum.

“Semangat perpaduan di Sarawak perlu terus disemai untuk dipanjangkan oleh generasi muda yang akan mewarisi negeri Sarawak,” jelas beliau.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan