SERIAN, 15 Dis: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Dengan Musim Perayaan dan Cuti Tahun Baru 2025 bertempat di Stesen Minyak Shell di sini, semalam.
Hadir pada majlis perasmian program tersebut ialah Ketua Cawangan JPJ Serian, Hilary Bong bersama sepasukan Tim Operasi JPJ Serian yang diketuai oleh Ketua Pembantu Penguatkuasa Federick Alderin Minit.
JPJ Sarawak dalam kenyataan berkata, kempen keselamatan jalan raya itu adalah anjuran Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Serian dengan bantuan dari pihak Pejabat Residen Serian, Polis Serian, JPJ Serian, beberapa agensi dari Persekutuan dan Negeri.
“Program selama sejam tersebut telah memberi sumbangan berbentuk ‘Goodies’ kepada para pemandu kereta dan motosikal yang melalui Stesen Minyak Shell (Jalan Serian Bypass) oleh Pengarah Bahagian Pan Borneo JKR Sarawak,” kata kenyataan itu.
Katanya, kempen keselamatan jalan raya tersebut diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya bagi memastikan pengguna jalan raya selamat ketika pemanduan mereka.-TVS