Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Zulkipli Suhaili. Foto TVS

Wanita kerugian RM164,000 akibat penipuan pelaburan dalam talian di Sibu

SIBU, 14 Dis: Seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian mengakibatkan kerugian sebanyak RM164,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berusia 50-an  tertarik dengan satu iklan pelaburan di aplikasi Facebook yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Pada 12 Oktober lalu, mangsa menekan pautan iklan tersebut dan berhubung dengan suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Spark Liang’ melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek kemudian menambah mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp ‘Investment Saham Malaysia’ untuk meyakinkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, mangsa membuat 15 transaksi pemindahan wang secara berperingkat antara 30 Oktober hingga 22 November ke tiga akaun bank tempatan yang berlainan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM279,000.

Katanya, mangsa sempat mengeluarkan RM115,000 hasil pelaburannya sebelum menyedari akaun pelaburan itu disekat pada 27 November.

“Mangsa mula curiga apabila tidak dapat membuat sebarang pengeluaran wang dan kemudian menyedari dirinya telah ditipu sebelum segera membuat laporan polis pada 13 Disember.

Tambah Zulkipli, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Tambahnya, orang ramai juga diminta untuk menyemak status pelaburan terlebih dahulu dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mengelak menjadi mangsa penipuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan