Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi merakam kenangan bersama graduan pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi dilantik Canselor Kedua UTS

SIBU, 14 Dis: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Canselor Kedua Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Watikah pemasyhuran telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee pada istiadat pemasyhuran yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud UTS sempena Majlis Konvokesyen Ke-9 UTS.

Dr. Annuar yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UTS berkata, visi Tun Dr Wan Junaidi untuk Sarawak yang mampan, berteraskan kemajuan teknologi dan intelek, adalah sejajar dengan misi universiti ini.

“Tun percaya pada gabungan tradisi dan inovasi, memperjuangkan pendidikan yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan kehebatan teknikal tetapi juga menyemai mereka dengan kebijaksanaan budaya dan daya tahan yang unik di Sarawak.

“Kepimpinannya berjanji untuk mengangkat UTS sebagai inspirasi kecemerlangan, merapatkan jurang antara akademik, industri dan masyarakat,” katanya.

Tambah Dr Annuar, di bawah kepimpinan Tun sebagai Canselor, UTS akan memperdalam komitmen untuk melahirkan pemimpin yang boleh mengharungi kerumitan dunia moden.

“Pemimpin yang akan mempelopori kemajuan dalam teknologi hijau, tenaga mampan, dan transformasi digital bagi memastikan kemakmuran Sarawak di pentas global,” ujarnya.

Menyentuh mengenai latar belakang Tun Dr Wan Junaidi, beliau dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam.

Dr. Annuar berkata, Tun Dr Wan Junaidi memulakan kerjaya awam pada usia 17 tahun dengan Jabatan Kerja Raya dan kemudian menyertai Sarawak Constabulary, menunjukkan keberanian menghadapi pemberontakan komunis.

“Tun Dr Wan Junaidi melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, memperoleh LLB (Hons.) dari University of Buckingham dan menjadi peguam di Lincoln’s Inn.

“Tun Dr Wan Junaidi memasuki politik pada tahun 1983, menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar dan Santubong, serta memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

“Sepanjang kerjayanya, beliau dikenali sebagai pemimpin berprinsip yang membawa banyak pembaharuan, termasuk mengetuai usaha Malaysia meratifikasi Perjanjian Paris dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pelantikan beliau sebagai Speaker Dewan Negara ke-19 pada Jun 2023 mengukuhkan lagi sumbangannya dalam memperjuangkan reformasi parlimen serta memperkenalkan dasar-dasar baru yang membawa manfaat kepada negara.

Beliau juga seorang penulis prolifik, dengan karya seperti “Evolusi Parlimen” dan “Crimson Tide Over Borneo”, tambahnya.

Turut hadir ke Istiadat Pemasyhuran, isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan