Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong malam tadi. Foto Squash Racquets Association of Malaysia

Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Dis: Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong malam tadi.

Pemain No. 17 dunia Rachel Arnold yang membuka aksi untuk Malaysia menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan memaksa Amanda Sobhy bertarung hingga ke set penentuan namun Rachel akhirnya tewas 9-11, 11-7, 9-11, 11-5, 8-11 selepas 45 minit perlawanan.

Ketinggalan berkenaan menyaksikan pemain No. 10 dunia S. Sivasangari diberi tanggungjawab berat untuk mengikat kedudukan namun beliau tumpas kepada Olivia Fiechter dengan 11-7, 11-9, 5-11, 2-11, 2-11 dalam masa 47 minit.

Kekalahan Sivasangari bermakna Aira Azman yang dijadualkan beraksi sebagai perseorangan ketiga tidak diturunkan pada separuh akhir.

Pencapaian terbaik pasukan skuasy wanita negara adalah pada edisi 2014 di Kanada di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada England di final. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan