Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penjual buah-buahan di tebingan sungai Sarikei menjadi tumpuan pengunjung. Foto TVS

Sarikei ‘berpesta’ buah-buahan, Tebingan Sungai Rajang jadi tumpuan

SARIKEI, 14 Dis: Lambakan pelbagai buah-buahan di Tebingan Sungai Rajang menjadi tumpuan pengunjung sekali gus menjadikan lokasi itu seakan-akan berpesta.

Bukan hanya penduduk tempatan tetapi juga pengunjung luar untuk menikmati pelbagai jenis buah-buahan segar dan lazat yang menjadi hasil utama kawasan ini.

Antara buah-buahan yang menjadi tumpuan dalam pesta ini ialah durian, rambutan, manggis, langsat, dan nanas yang dihasilkan oleh pekebun-pekebun tempatan.

‘Pesta’ itu bukan sahaja menawarkan peluang untuk pengunjung membeli buah-buahan segar terus dari ladang, tetapi juga memberikan platform kepada peniaga kecil mempromosikan produk berasaskan buah dan produk makanan lain.

Seorang peniaga, Ngu Sieng Siong, 50, berkata, sebahagian besar buah-buahan yang dijualnya adalah hasil tanamannya sendiri di Ulu Pakan.

“Buah durian misalnya, saya kutip dan jual sendiri. Walaupun mengambil masa yang lama namun, hasilnya memang cukup lumayan,” katanya kepada TVS.

Menurut Sieng Siong, menanam durian sendiri memerlukan kesabaran, tetapi hasilnya boleh memberikan kepuasan, terutama bagi penggemar durian yang ingin menikmati buah segar.

Penjual dabai, Junet Kilai, 34, berkata, dia memanfaatkan tapak itu untuk menjangkau pembeli termasuk mereka dari luar Sarikei.

“Ini memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan pengunjung dan mempromosi produk tanaman saya yang lain,” katanya.

Lambakan buah-buahan secara tidak langsung mengukuhkan lagi kedudukan Sarikei sebagai salah satu pusat pengeluar komoditi itu di Sarawak.

Dengan kehadiran pelbagai jenis buah tempatan yang sedang dalam musim, menjadikannya dinanti-nantikan setiap tahun, menyemarakkan lagi ekonomi pertanian tempatan dan memperkenalkan buah-buahan Sarawak kepada dunia luar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan