Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman merasmikan Majlis Perasmian Stor Beras Koperasi Tau Ruab Lawas Berhad serta Lesen Pembelian dan Jualan Beras Adan di Garden Mini Mart, Jalan Trusan-Sundar di Lawas. Foto TVS

Sarawak tingkat pengeluaran beras tempatan, elak kebergantungan beras import

LAWAS, 14 Dis: Sarawak mampu meningkatkan pengeluaran beras tempatan sehingga lebih 60 peratus dengan membangunkan sektor penanaman padi berskala besar.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, sasaran itu juga untuk mengurangkan kebergantungan beras import dari luar negara pada masa depan.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, ketika ini 70 peratus beras diimport dari luar negara bagi memenuhi keperluan domestik.

“Malaysia termasuk Sarawak jangan bergantung kepada import sekurang-kurangnya kita dapat mengeluarkan 60 peratus ke ataslah agak mustahil 100 peratus sebab itu kita menghidupkan semula idea untuk membangunkan lembah Limbang Lawas sebagai jelapang padi dan usaha itu telah bermula,” katanya.

Dr Abdul Rahman memberitahu perkara itu kepada media selepas merasmikan Majlis Perasmian Stor Beras Koperasi Tau Ruab Lawas Berhad serta Lesen Pembelian dan Jualan Beras Adan di Garden Mini Mart, Jalan Trusan-Sundar di Lawas pada Sabtu.

Beliau menambah bagi tujuan itu, Sarawak memperuntuk RM1 bilion bagi penyediaan infrastruktur seperti sistem perparitan dan saliran moden bagi penanaman padi.

Sarawak katanya, menyasarkan 14,000 hektar kawasan padi di seluruh wilayah ini termasuk di lembah Limbang dan Lawas bagi penanaman padi dan kerja-kerja penyediaan infrastruktur akan bermula tahun depan.

Dr. Abdul Rahman berkata, beras jenis Bario dan Adan yang lebih popular di Malaysia akan ditanam di Lawas.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan