Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara peserta yang menyertai Program Sarawak Youth Startup 2024 di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Program SYStartup dapat reaksi positif peserta, bina keyakinan

KUCHING, 14 Dis: Program Sarawak Youth Startup (SYStartup) 2024 anjuran Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak mendapat maklum balas positif daripada  peserta yang menghadiri program selama lapan hari bermula 7 Disember hingga hari ini.

Siti Norafizah Bujang, 36, usahawan wanita asal Sebuyau yang menjalankan perniagaan perkhidmatan urutan tradisional serta jamu penjagaan dalam wanita, melihat program SYStartup ini membantu membina keyakinan dirinya selain menguatkan semangatnya untuk memperkukuhkan serta mengembangkan perniagaan yang diusahakannya.

“Kursus ini memberikan inspirasi kepada saya selain meningkatkan rasa percaya diri saya untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri.

“Selepas mengikuti kursus selama lapan hari ini, semangat saya untuk menjadi seorang usahawan kian meningkat dan semoga dalam masa lima tahun lagi, saya akan menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti mentor-mentor saya dalam mengembangkan perniagaan saya,” katanya ketika ditemui selepas program Sarawak Youth Startup (SYStartup) 2024 di Kuching pada Sabtu.

Bagi usahawan pes makanan seperti rendang, laksa Sarawak dan sambal nasi lemak, Jonathan Philip, 25, melihat program SYStartup ini memberi banyak pendedahan bidang keusahawan kepada dirinya serta rakan-rakan peserta yang lain.

“Program ini membantu saya dalam kemahiran praktikal keusahawanan dan informasi tentang teori-teori perniagaan seperti yang kami belajar sebelum kami masuk universiti. Kami turut didedahkan terdedah dengan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk menyediakan kami sebagai usahawan dalam dunia yang berkembang pesat dengan teknologi maklumat ini.

“Sebelum ini, kami kurang tahu tentang bantuan yang ada, terutamanya geran yang disediakan oleh Sarawak ini dan kami sangat beruntung menjadi orang Sarawak kerana terdapat banyak bantuan yang dapat diberikan kepada kami sebagai usahawan,” katanya.

Bagi bakal usahawan Gillven Mixcollin, 24, pula melihat program SYStartup ini sebagai platform terbaik dalam menyediakan ruang kepada bakal usahawan sepertinya untuk memperoleh ilmu pengetauan baharu tentang dunia keusahawanan.

“Untuk bakal usahawan seperti saya, saya merasakan program ini amat komprehensif kerana ia memberi asas kukuh untuk membina sesuatu perniagaan, terutama kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan, walaupun ada yang sudah berjaya dalam perniagaan mereka.

“Kami diberi latihan, selain aktiviti-aktiviti yang membantu komuniti usahawan seperti kami dari pelbagai sudut dan pada masa yang sama turut memberikan sokongan yang kami perlukan dalam proses perniagaan ini,” ujarnya.

Program Sarawak Youth Startup (SYStartup) 2024 yang pertama kali dianjurkan ini disertai oleh seramai 276 peserta yang terdiri daripada usahawan serta bakal usahawan belia dari seluruh Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan