Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap

Pindaan SLO hasil usaha Ahli Parlimen GPS dengan kerajaan Sarawak

KUCHING, 14 Dis: Pindaan terhadap Ordinan Buruh Sarawak (SLO) yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini adalah hasil usaha bersama Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bekerja erat dengan Kerajaan GPS Sarawak.

Menjelaskan keprihatinan dan komitmen GPS dalam menjaga kebajikan dan kepentingan golongan pekerja, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata kabinet Sarawak telah meluluskan pindaan terhadap SLO pada September 2021.

“Ia adalah sejajar dengan hasrat kerajaan Sarawak dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian buruh antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu adalah untuk menafikan dakwaan DAP yang menyatakan GPS gagal dalam menjaga kepentingan rakyat Sarawak berhubung SLO.

Menurutnya, SLO kini memerlukan Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan kerajaan Sarawak sebelum membuat pindaan lanjut terhadap SLO, dengan tambahan peruntukan yang membenarkan pemindahan kuasa kepada kerajaan Sarawak untuk membuat peraturan di bawah SLO untuk perkara-perkara khusus di Sarawak.

Pembentangan yang berjaya terhadap SLO, khususnya Seksyen 130P yang baru dimasukkan dalam pindaan Ordinan Buruh Sarawak, akan melindungi hak dan kepentingan pekerja serta majikan di Sarawak, jelasnya.

“Secara asasnya, pindaan terhadap SLO yang diusahakan dan diperoleh melalui GPS jelas menunjukkan konsistensi GPS dalam memperjuangkan hak rakyat Sarawak dan memulihkan hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963, yakni kerajaan Sarawak kini diberi kuasa untuk membuat peraturan buruh bagi melindungi kebajikan dan keselamatan pekerja di Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan