Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Ibu bapa kes bayi disimpan dalam peti sejuk disaran tampil ke LZS

ByBernama

SHAH ALAM, 14 Dis: Pasangan suami isteri yang tular berhubung dakwaan jenazah bayi mereka disimpan dalam peti mayat di Klang, baru-baru ini disaran tampil ke Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk proses bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata pihaknya masih menjejak pasangan berkenaan termasuk mendapatkan sumber yang mengeluarkan kisah mereka.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas mengenainya.

“Kami cuba jejak dan jika (pasangan itu) dapat tampil, itu akan lagi cepatkan proses (bantuan). Jadi insya-Allah kita akan bantu pasangan ikut kategori yang layak sama ada kategori asnaf gharimin (orang berhutang),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2024 anjuran LZS di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menerima sebarang aduan berhubung kejadian jenazah seorang bayi lelaki yang didakwa ‘ditahan’ dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Klang.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ketika ini MAIS menerusi LZS sedang mengesan ibu bapa kepada bayi terbabit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil wakil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular itu.

Beliau memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan semalam dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan