Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penanung Yayasan AIDS Malaysia Borneo, Datuk Amar Puan Sri Jamilah Anu menyampaikan cenderamata kepada penerima semasa Sambutan Hari AIDS Sedunia Cawangan Sarawak di Pasaraya Mydin Vista Tengku di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

Hentikan stigma kepada penghidap HIV, hapus diskriminasi

KUCHING, 14 Disember: Stigma masyarakat yang melabel penghidap HIV sebagai penyebar penyakit itu perlu dihentikan kerana ia cenderung membawa kepada diskriminasi terhadap pesakit.

Pengerusi Teratak Kasih Tok Nan, Dr Ruziana Miss berkata pesakit HIV perlu mendapatkan layanan yang sama rata daripada masyarakat bagi persepsi baharu yang lebih positif kepada diri penghidap HIV.

Katanya, dengan kaedah perubatan yang moden, tahap survival pesakit HIV cukup baik malah jika mereka mengamalkan disiplin dalam pengambilan ubat maka mereka mampu hidup secara normal.

“Dia (pesakit) ada hak untuk belajar, dia ada hak untuk mendapat rawatan dia ada hak kepada perkhidmatan pencegahan yang ada.

“Jadi kita tak boleh menafikan hak mereka sebab kita tak nak ada orang yang HIV ni dia diberhentikan ataupun dia tidak diterima bekerja semata-mata sebab dia HIV,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Hari AIDS Sedunia Cawangan Sarawak di Pasaraya Mydin Vista Tengku di Kuching pada Sabtu.

Sambutan Hari AIDS Sedunia Cawangan Sarawak 2024 bertemakan – Tunaikan Hak Yang Saksama sebagai usaha menghentikan diskriminasi atau stigma terhadap pesakit HIV.

Difahamkan pelbagai aktiviti pemeriksaan kesihatan secara percuma dan derma darah bakal diadakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan