Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Apresiasi Pemegang Taruh Association of Chartered Certified Accountants 2024 di Kuching, malam tadi. Foto Raffiq (TVS)

Akauntan berperanan penting dalam ekonomi hijau dan pasaran karbon

ByAdlina Rahman

KUCHING, 14 Dis: Peranan akauntan semakin penting dalam pembangunan ekonomi hijau, khususnya dalam memastikan integriti dan kredibiliti pasaran karbon di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan perkembangan pesat pasaran karbon, keperluan untuk pengawasan profesional menjadi semakin penting.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Apresiasi Pemegang Taruh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) 2024. Foto Raffiq (TVS)

Akauntan, katanya, memainkan peranan utama dalam memastikan pengimbangan karbon dilakukan secara sah, pelaporan pelepasan tepat dan kredit karbon disahkan dengan betul.

“Pengukuran karbon bukanlah tugas yang mudah. Ia bukan sekadar angka yang mudah dikira. Gas ini sangat sukar untuk diukur kerana ia berdasarkan kualiti.

“Oleh itu, kita memerlukan juruaudit untuk menilai karbon yang kita simpan dan juga oksigen yang kita hasilkan.

“Ini memerlukan satu lagi kelompok akauntan yang berfungsi bukan hanya untuk menguruskan nilai kewangan, tetapi juga untuk memastikan ketepatan dan kesahihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Pemegang Taruh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) 2024 di sini, malam tadi.

Mengambil contoh tenaga solar, beliau berkata tenaga solar kini memiliki kos yang rendah berbanding 10 tahun lalu yakni kos itu turun sebanyak 80 peratus dan tenaga solar kini menjadi lebih berpatutan.

“Sarawak juga memiliki sumber pasir silika yang penting dalam penghasilan panel solar.

“Dengan pengurangan kos solar yang ketara ini, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) meramalkan bahawa kos elektroliser untuk menghasilkan hidrogen akan menurun sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030,” tambahnya.

Abang Johari turut memberitahu bahawa Sarawak diberkati dengan sumber semula jadi yang banyak, memainkan peranan penting dalam usaha global untuk memerangi perubahan iklim.

Katanya kedudukan unik wilayah ini menyumbang secara signifikan kepada inisiatif penangkapan dan penyimpanan karbon kerana hutannya yang luas dan ekosistem bakau dan keupayaannya untuk memanfaatkan kapasiti penyimpanan geologi untuk menangani pelepasan karbon.

“Sarawak kaya dengan hutan, bakau, dan sumber daya alam yang boleh menyerap karbon dan Sarawak terlibat dalam perdagangan karbon dengan undang-undang rumah hijau sendiri, selaras dengan usaha global untuk menangkap dan menyimpan karbon, seperti yang dilaksanakan di negara-negara maju seperti Norway dan Jerman,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan