PETALING JAYA, 13 Dis: Wow Carnival anjuran PC Image kembali lagi dengan tawaran eksklusif serta pelbagai barangan menarik untuk peminat teknologi dan permainan video.
Karnival yang berlangsung dari 13 hingga 15 Disember ini menawarkan harga serendah RM18 melalui promosi Secret Santa 18 serta potongan harga sehingga 80%.
Pelbagai produk seperti komputer riba, peralatan permainan video, gajet, dan aksesori komputer ditawarkan dengan harga yang menarik.
“Kali ini, Wow Carnival kembali lagi di Starling Mall untuk kali kedua, dan ini merupakan tahun ketiga karnival ini diadakan. Apa yang menarik perhatian ramai pengunjung di Wow Carnival adalah acara Santa Secret 18 yang dinanti-nantikan.

Selain itu, terdapat juga notebook yang ditaja oleh AMD, Intel, dan Microsoft, serta sistem audio berkualiti tinggi daripada JBL, Sony, dan CLEER.
Tidak ketinggalan, kita juga ada gaming gear yang menarik, termasuk Zotech Experience Gaming, dengan pelbagai barangan hebat yang ditawarkan pada diskaun sehingga 40%” jelas Pengurus Jualan PC Image, Mohd Ridzwan.

Pengunjung yang hadir turut memberikan maklum balas positif terhadap tawaran yang disediakan.
Menurut seorang pengunjung, Juen Li, beliau hadir untuk merebut tawaran Secret Santa 18 di karnival itu.

“Saya di sini untuk tawaran Secret Santa, yang RM18. Ada monitor, kad grafik, dan barang-barang lain yang saya cari. Harap-harap bukan tetikus.
Saya juga di sini untuk menyemak harga komputer riba dan barang-barang lain untuk mendapatkan sesuatu untuk keluarga saya.
Acara PC ini bukan kali pertama saya datang. Ada banyak (acara) yang saya pernah pergi, tetapi untuk PC Image, ini kali pertama.”

Seorang lagi pengunjung, John, turut meluahkan keterujaannya ketika menghadiri karnival itu.
“Saya berminat dan ingin membeli papan kekunci. Selain itu, saya masih lagi membuat tinjauan.
Sudah tentu, saya tertarik dengan tawaran diskaun yang diberikan oleh karnival ini.
Harganya berpatutan dan agak kompetitif. Ini kali pertama saya hadir.”

Jenama terkenal seperti Logitech dan Razer juga mengambil bahagian dalam Wow Carnival, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.
Acara ini bertempat di The Starling Mall, Petaling Jaya, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik ini di Wow Carnival yang berlangsung hingga 15 Disember 2024. – TVS