Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Makanan Sedunia (WFP) merayu dana segera bagi memperluaskan operasi bantuan kepada 2.8 juta rakyat yang terjejas dan berdepan krisis makanan di Syria, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM). Foto fail AFP

WFP rayu dana segera untuk bantu jutaan penduduk di Syria

ByBernama

GENEVA, 13 Dis: Program Makanan Sedunia (WFP) merayu dana segera bagi memperluaskan operasi bantuan kepada 2.8 juta rakyat yang terjejas dan berdepan krisis makanan di Syria, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

WFP memaklumkan bahawa pertempuran terbaharu telah menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal, sekali gus memburukkan lagi situasi keterjaminan makanan yang sudah pun kritikal.

Keperluan kemanusiaan terus meningkat ketika Syria melalui fasa peralihan politik, menurut kenyataan WFP pada Khamis.

“Pada waktu yang genting ini, kita perlu memastikan bahawa golongan paling terkesan menerima makanan dan bantuan yang diperlukan.

“Kami amat memerlukan sokongan penderma bagi mengekalkan semua operasi kami di seluruh negara.

“Rakyat Syria kini berpeluang untuk memulakan hidup baharu dan kita tidak boleh membiarkan kelaparan menghalang mereka,” kata Pengarah Negara WFP di Syria, Kenn Crossley.

Sejak krisis semasa bermula, WFP bertindak pantas dengan menyediakan catuan makanan siap dimakan, bakul makanan, serta hidangan segar dan panas kepada hampir 70,000 penduduk yang hilang tempat tinggal di seluruh Syria.

Selepas pergolakan dan ketidakstabilan yang berlangsung selama beberapa hari, perkhidmatan pengagihan makanan dan hidangan panas juga disambung semula untuk penduduk di Homs, Aleppo, Raqqa dan Al-Hasakah.

Hampir 14 tahun konflik bersenjata telah menjadikan kehidupan harian rakyat Syria sangat rapuh.

Pada awal tahun ini, 12.9 juta orang dilaporkan mengalami krisis makanan, manakala bantuan kemanusiaan semakin merosot akibat kekurangan dana.

Pada masa ini, laluan bekalan terjejas, harga makanan melambung tinggi dan mata wang Syria terus merosot.

Barangan keperluan seperti beras, gula, dan minyak semakin sukar didapati, sementara harga roti turut meningkat mendadak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan