Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan

ByBernama

WASHINGTON, 13 Dis: Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dilaporkan telah mengundang rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping untuk menghadiri majlis angkat sumpah jawatannya bulan depan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sumber mendedahkan bahawa Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya, namun tidak dapat dipastikan sama ada Presiden China itu telah menerima jemputan beliau, menurut laporan CBS News pada lewat Rabu.

Laporan itu menyatakan bahawa pegawai sedang membuat persiapan untuk kehadiran lebih ramai pemimpin asing pada majlis angkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jan.

Menurut pasukan Trump, terdapat lebih banyak pemimpin yang mungkin hadir ke majlis itu.

“Para pemimpin dunia sedang bersedia untuk bertemu dengan Presiden Trump kerana mereka tahu beliau akan kembali berkuasa dan mengembalikan keamanan melalui kekuatan Amerika di seluruh dunia,” kata jurucakap peralihan Trump, Karoline Leavitt, seperti yang dilaporkan CBS News.

Laporan mengenai jemputan itu muncul beberapa hari selepas Trump mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China.

AS juga menetapkan tarikh akhir pada 19 Jan, sehari sebelum majlis angkat sumpah, bagi ByteDance, syarikat induk TikTok dari China, untuk menjual aplikasi media sosial itu atau menghadapi larangan beroperasi di negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan