KUCHING, 13 Dis: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 2023 kepada Tabung Baitumal Sarawak.
Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata bayaran zakat ini merupakan tanggungjawab sosial korporat TH sebagai sebuah organisasi islam yang cakna terhadap kebajikan umat islam di negara ini.
Pihak TH berharap kata Nurlaila agar zakat tersebut dapat meringankan beban serta memberi bantuan secukupnya dan meningkatkan taraf kehidupan golongan asnaf dan B40 di Sarawak.
“Kami mengharapkan agar lebih ramai lagi membuka akau TH dan menabung, keseluruhan pendeposit di negeri Sarawak hampir 350, 000 tetapi masih ada lebih 60 peratus yang belum buka akaun di tabung haji,” katanya.
Beliau dalam pada itu menyeru agar masyarakat islam yang belum buka akaun TH itu bertindak secepat mungkin, supaya dapat memberi peluang kepada masing masing untuk berpeluang untuk menunaikan Haji lebih awal.
Nurlaila menekankan pembukaan akaun Tabung Haji boleh dimohon dengan lapan cawangan di seluruh Sarawak.
Terdahulu majlis penyerahan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.-TVS