Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menghadiri Program Aspresiasi Sekolah Kebangsaan Gemuan Bintangor, hari ini. Foto TVS

SKAS tanpa tunai tingkat kecekapan dan ketelusan

BINTANGOR, 13 Dis : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyambut baik inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) tanpa tunai sambil menyifatkannya sebagai satu langkah baik untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan.

Bagaimanapun katanya, daripada sudut berbeza, pendekatan itu mungkin menjadi cabaran buat warga emas dan mereka yang kurang celik teknologi.

Sehubungan itu katanya, budi bicara dalam kalangan anggota keluarga mungkin boleh digunapakai bagi memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan menikmati kemudahan berkenaan.

“Ini termasuklah mengizinkan wakil yang dipercayai seperti anak atau penjaga untuk menguruskan transaksi bagi pihak mereka.

“Bagi saya, ia (tanpa tunai) adalah satu pendekatan yang baik kerana hampir semua kita hari ini ada telefon bimbit,” katanya kepada media selepas Menghadiri Program Aspresiasi Sekolah Kebangsaan (SK) Gemuan Bintangor, hari ini.

Menurut Kuong Hing, melalui pendekatan itu, kerajaan dapat memastikan bahawa semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif bantuan tanpa tunai.

Terdahulu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sumbangan SKAS bukan berbentuk wang tunai tetapi akan disalurkan kepada penerima yang layak menerusi akaun Sarawak Pay.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan