Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 13 dan dan 18 Kanun Tanah Negeri dan Penyerahan Cek Pampasan Bagi Projek Di Bahagian Samarahan, hari ini. Foto TVS

Program penyukatan dan pengeluaran surat hak milik tanah NCR diteruskan

KOTA SAMARAHAN, 13 Dis: Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan program penyukatan dan pengeluaran surat hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjelaskan bahawa pengukuran lot individu akan dilakukan berdasarkan permohonan yang diluluskan Jabatan Tanah dan Survei.

“Sesi dialog diadakan dengan penuntut-penuntut tanah NCR yang berkaitan sebelum aktiviti pengukuran bermula yang bertujuan untuk memberi penerangan dan mendapat maklum balas sebelum kerja pengukuran sebenar di lapangan dilaksanakan.

“Pengukuran hanya akan dijalankan setelah mendapat persetujuan dan sokongan penuntut tanah yang terlibat. Jika mereka tidak mahu tanah mereka diukur perimeter, kerja pengukuran tidak akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan dibacakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 13 dan dan 18 Kanun Tanah Negeri dan Penyerahan Cek Pampasan Bagi Projek Di Bahagian Samarahan di sini, hari ini.

Awang Tengah menjelaskan, kes-kes yang masih dalam pertikaian dan perbicaraan di mahkamah, kerja pengukuran tidak akan dilaksanakan melainkan kes tersebut telah selesai atau ia ditarik balik oleh mereka yang terlibat.

“Jadi, selesaikan dengan cara yang baik dan berhemah,” katanya.

Setakat 30 November lalu, 97,903 lot individu melibatkan 114,169 hektar tanah NCR di seluruh Sarawak telah berjaya diukur.

Daripada jumlah itu, 32,061 lot telah dikeluarkan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri membabitkan keluasan 46,601 hektar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan