Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra. Foto fail AFP

PM Thailand lawat Malaysia bagi perundingan tahunan ketujuh

BANGKOK, 13 Dis: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari 15 hingga 16 Dis bagi menghadiri Mesyuarat Perundingan Tahunan Ketujuh yang bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala dan memupuk kerjasama serantau.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan berkata lawatan itu mencerminkan komitmen bersama untuk mencapai “Kedamaian dan Kemakmuran Bersama” demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

“Perbincangan itu akan memberi tumpuan kepada memajukan kerjasama dalam pembangunan infrastruktur, perdagangan dan pertumbuhan ekonomi dengan matlamat meningkatkan nilai dagangan dua hala kepada US$30 bilion menjelang 2027,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Paetongtarn akan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra pada Isnin sebelum menghadiri mesyuarat perundingan, katanya.

Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor, diikuti sidang media bersama dan jamuan tengah hari yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Paetongtarn akan diiringi delegasi peringkat tinggi termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Suriya Jungrungreangkit, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul, Menteri Luar Maris Sangiampongsa, Menteri Pelancongan dan Sukan Sorawong Thienthong, Menteri Pertanian dan Koperasi Narumon Pinyosinwat serta Menteri Kebudayaan, Sudawan Wangsuphakijkosol.

Lawatan ini menyerlahkan hubungan erat antara Thailand dan Malaysia serta menegaskan komitmen bersama untuk mencapai kemajuan ketara merentasi pelbagai sektor.

Pada 2023, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar Thailand dalam kalangan negara ASEAN dan keenam terbesar di peringkat global dengan jumlah perdagangan bernilai US$24.83 bilion (RM113.16 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan