Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

PM hulur bantuan kepada mangsa banjir kilat di Tambun

ByBernama

IPOH, 13 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyalurkan sumbangan kepada 19 ketua isi rumah mangsa yang terkesan akibat banjir kilat yang melanda empat kampung di kawasan Parlimen Tambun.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Tambun Mohamad Hairul Amir Sabri.

Hujan lebat berterusan pada 1 Dis lepas menyaksikan Kampung Cheh, Kampung North Ward, Kampung Masjid dan Kampung Bakar Bata terjejas akibat banjir kilat.

Mohamad Hairul Amir berkata bantuan itu dihulur oleh Perdana Menteri bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang terkesan akibat bencana tersebut.

“Apabila berlakunya banjir pada hari berkenaan, beliau telah meminta saya dan pihak Pejabat Parlimen Tambun turun menyampaikan bantuan awal kepada mangsa yang terjejas,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata setiap ketua isi rumah menerima RM1,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan