Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad FAM eRimau dan pemain negara Ahmad Muhaimin yang menjuarai saingan FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.

“Terus cemerlang dan harumkan nama negara di pentas dunia,” kata Anwar menerusi X hari ini.

Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.

Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 untuk bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.

Malaysia merupakan negara ASEAN pertama memenangi kejohanan itu.

— BERNAMA

NAW NAW SSA HAZ

Friday , 13 December 2024

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan