Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat. Foto AFP

Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumumkan pada Jumaat

ByBernama

PARIS, 13 Dis: Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Pengumuman ini dibuat lebih seminggu selepas kejatuhan kerajaan yang dipimpin Michel Barnier, dengan Macron dijangka memilih tokoh yang mampu menyatukan pelbagai pihak, meskipun laporan media menunjukkan tiada calon utama yang menonjol.

Nama François Bayrou, 73, ahli politik berhaluan tengah-kanan, kerap disebut oleh penganalisis selepas Macron mengadakan rundingan dengan semua parti kecuali kumpulan sayap kiri dan kanan ekstrem dalam usaha membentuk kerajaan yang lebih inklusif.

Bagaimanapun, sekiranya Bayrou dipilih, timbul persoalan sama ada beliau mampu membentuk majoriti yang stabil untuk mentadbir, memandangkan beliau mungkin menghadapi cabaran sama seperti Barnier.

Selain Bayrou, beberapa nama lain turut disebut termasuk bekas Perdana Menteri Bernard Cazeneuve, bekas Menteri Pertahanan Sébastien Lecornu, dan bekas Menteri Pengagihan Catherine Vautrin.

Barnier sebelum ini disingkirkan oleh pembangkang selepas hanya tiga bulan memegang jawatan, berikutan pertikaian mengenai belanjawan berjimat cermat.

Macron kini berdepan tekanan berikutan kejatuhan kerajaan selepas pilihan raya awal yang membawa padah.

Parti pembangkang bahkan menuntut Macron meletak jawatan di tengah-tengah krisis politik dan ekonomi, dengan belanjawan 2025 masih belum diluluskan oleh Parlimen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan