Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Perasmian Simposium Infrastruktur Borneo 2024 di Curtin University Malaysia, Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Pembangunan infrastruktur Sarawak jadi keutamaan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 13 Dis: Pembangunan infrastruktur di Sarawak menjadi keutamaan kerajaan bagi mencapai pembangunan wilayah lebih inklusif.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Simposium Infrastruktur Borneo bertemakan Pembangunan Infrastruktur Mampan Untuk Borneo selari dengan wawasan kemakmuran negara 2030 khususnya teras strategik enam yang memfokuskan kepada pembangunan wilayah ini.

Menurutnya, teras tersebut mengutamakan usaha merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

“Di Borneo, kita mempunyai sejumlah 54,701.746 kilometer jalan raya dengan 31,774.044 kilometer di Sarawak dan 22,927.702 kilometer di Sabah.

“Walaupun luas dan rumit, rangkaian jalan ini menawarkan peluang besar untuk pembangunan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Simposium Infrastruktur Borneo Kedua 2024 di Universiti Curtin Malaysia, Miri, hari ini.

Alaxander menjelaskan, kerajaan juga giat menggalakkan penggunakan teknologi moden seperti Permodelanan Maklumat Bangunan (BIM) bagi memastikan pembangunan infrastruktur lebih lestari.

“Masa depan infrastruktur bergantung kepada inovasi dan Kementerian Kerja Raya komited menerajui teknologi digital seperti BIM yang merevolusikan sektor pembinaan melalui reka bentuk dan pembinaan pintar berasaskan model 3D.

“Di bawah Pelan Strategik 2021-2025, kami menyasarkan 80 peratus projek bernilai RM10 juta ke atas menggunakan BIM menjelang 2025 bagi meningkatkan kecekapan, kualiti dan kelestarian infrastruktur khususnya di Borneo,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menekankan usaha kerajaan dalam memperkasakan bakat tempatan melalui latihan dan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Sementara itu menurutnya, Simposium Infrastruktur Borneo menjadi landasan penting untuk berkongsi pandangan dan strategi dalam membina ekosistem infrastruktur mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan