Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Majlis angkat sumpah Trump, Meta sumbang US$1 juta

ByBernama

NEW YORK, 13 Dis: Gergasi media sosial Meta, menyumbang US$1 juta kepada dana bagi majlis angkat sumpah Presiden terpilih Donald Trump, ketika syarikat itu berusaha memperbaiki hubungan menjelang penggal kedua pentadbirannya yang mungkin memperkenalkan peraturan baharu terhadap media sosial, lapor USA Today pada Khamis.

“Derma ini merupakan langkah terkini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump,” menurut laporan yang dipetik oleh Xinhua.

Zuckerberg dilaporkan berusaha memulihkan hubungannya dengan Trump dan pemimpin Republikan lain sejak beberapa bulan lalu, selepas menerima kritikan pada 2021 kerana menyekat bekas presiden itu daripada platform Meta susulan insiden serangan di Capitol AS pada 6 Jan 2021.

Trump, sebaliknya, kerap mengecam Meta dan dalam satu temu bual awal tahun ini menyifatkan laman Facebook sebagai “musuh rakyat,” menurut laporan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan