Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis. Foto fail AFP

Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026

ByBernama

BRASILIA, 13 Dis: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.

Dalam wawancara bersama CNN Brasil, Pimenta memberi jaminan bahawa Lula berada dalam keadaan sihat selepas menjalani perubatan untuk merawat pendarahan otak pada Selasa dan Khamis, lapor Xinhua.

Beliau menyifatkan Lula sebagai “individu paling layak dan bersedia” untuk terus memimpin negara.

Menurut pasukan perubatannya, beliau tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan dan dibenarkan keluar hospital awal minggu depan.

“Presiden Lula berada dalam keadaan sangat baik. Ini adalah prosedur yang mudah. Presiden Lula seorang yang menjaga dirinya dengan baik, menunjukkan disiplin yang tinggi dan sangat memahami Brazil.

“Saya tidak ragu-ragu bahawa Presiden Lula adalah individu paling layak dan mampu. Beliau pasti akan menjadi calon kami pada 2026 untuk meneruskan matlamat kami,” kata Pimenta.

Dalam wawancara yang disiarkan, Pimenta turut mengecam pihak pembangkang yang menyebarkan khabar angin tidak berasas mengenai keadaan kesihatan presiden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan