Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan pertama rakyat Indonesia dari Syria selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta semalam. Foto David Andreas (TVS)

Kumpulan pertama rakyat Indonesia selamat tiba dari Syria

ByTVS

JAKARTA, 13 Dis: Kerajaan Indonesia berjaya memindahkan warga Indonesia yang terjejas akibat konflik di Syria.

Tindakan itu susulan kepada situasi keselamatan di Syria selepas kejatuhan kerajaan Bashar Assad, manakala Kedutaan Indonesia di Damsyik telah menetapkan status Amaran I untuk seluruh wilayah Syria pada 7 Disember 2024.

Menurut Pengarah Perlindungan Warga Negara Kementerian Luar Negeri Indonesia (Kemlu RI), Judha Nugraha seramai 97 warga Indonesia menyatakan kesediaan mereka untuk mengambil bahagian dalam proses pemulangan dan seramai 37 diantaranya telah selamat tiba di tanah air dalam tiga penerbangan semalaman.

“Sebelum ini, rakyat Indonesia itu dipindahkan melalui darat dari Damsyik ke Beirut pada 10 Disember 2024 dan kemudian kumpulan pertama diterbangkan dan selamat tiba Jakarta semalam” katanya.

Beliau menyebut Kerajaan Indonesia terus terus mengumpul data untuk warga Indonesia yang ingin menyertai proses pemulangan dan akan dilakukan dalam dua peringkat .

Tak hanya itu, beberapa langkah perlindungan telah diambil oleh kerajaan, termasuk penyelarasan intensif dengan kementerian berkaitan, mengemas kini Pelan Kontigensi termasuk laluan pemindahan, pertemuan hibrid dengan warga Indonesia di wilayah Syria, dan penyelarasan dengan kerajaan tempatan untuk memastikan koridor selamat bagi pergerakan warga Indonesia ke sempadan.

Pihak Kemlu RI turut merayu kepada warga Indonesia untuk terus berwaspada, mengelakkan lokasi yang terdedah dan meminta orang ramai meminimumkan pergerakan serta menjalin komunikasi rapat dengan Kedutaan Indonesia di Damsyik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan