Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sr Stephen Rundi Utom pada Majlis Penyerahan Mesin Padi dan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024 di Dewan Masyatakat Kampung Long Tuan, Ulu Trusan. Lawas, hari ini. Foto TVS

Keterjaminan makanan dapat dicapai menerusi pemodenan sektor pertanian

LAWAS, 13 Dis: Sarawak kini mengambil pendekatan moden dan dinamik untuk merevolusikan sektor penanaman padi di wilayah ini, bagi memastikan keterjaminan makanan dapat dicapai.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, menegaskan bahawa infrastruktur yang baik, sistem pengairan dan saliran yang sempurna serta pelaksanaan penanaman padi berskala besar merupakan kunci utama kejayaan usaha ini.

“Revolusi padi adalah istilah yang sesuai. Pada masa ini, kita hanya melihat penanaman padi sebagai usaha sara hidup. Namun, dengan keperluan keterjaminan dan keselamatan makanan yang semakin mendesak, kita perlu beralih kepada penanaman berskala besar.

“Ini hanya dapat dilakukan jika kita mempunyai infrastruktur yang lengkap. Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti kawasan-kawasan penanaman padi termasuk Limbang dan Lawas, yang akan diwartakan khusus untuk tujuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Mesin Padi dan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024 di Dewan Masyarakat Kampung Long Tuan, Ulu Trusan, hari ini.

Dr Rundi turut menekankan bahawa penglibatan konsortium akan membawa kejayaan besar dalam usaha penanaman padi berskala besar, memandangkan konsortium memiliki kepakaran dan peralatan moden yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran.

Beliau juga berharap usaha penanaman padi secara komersial dapat melibatkan koperasi-koperasi di kampung-kampung terpencil seperti Long Tuan, Ba’Kelalan dan kawasan sekitarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan