Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia - Pesaka (FB)

Harriz Naufal berjuang demi ibu, janji pingat selepas pemergian ibu tercinta

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Dis: “Saya akan cuba bawa pulang pingat dari Kejuaraan Dunia dan tunjuk di kubur arwah mak.”

Itulah janji atlet pencak silat muda negara Harriz Naufal Md Fadly yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta empat hari lepas namun sama sekali tidak ‘patah semangat’ untuk membawa cabaran negara beraksi di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi minggu depan.

Berkongsi dengan pemberita, Harriz Naufal, 15, berkata ibunya, Sabarilah Long, yang meninggal akibat jangkitan paru-paru sempat memberi nasihat kepadanya pada Khamis lepas agar membawa pulang pingat dari Abu Dhabi sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu berkata beliau akan membawa kata-kata nasihat ibunya sebagai semangat untuk memastikan kejayaan membawa pulang pingat di kejuaraan dunia itu sekali gus menjadikannya hadiah kepada arwah ibunya.

“Bila saya dapat tahu mak saya meninggal, memang ‘down’. Tapi, dia nak saya berjaya di Abu Dhabi. Dia pesan supaya saya bawa balik pingat, jangan putus semangat dan tunjukkan hasil kepada jurulatih.

“Kali terakhir saya jumpa mak pada Khamis minggu lepas,waktu itu dia masih sihat. Walaupun saya tak dapat janji emas, insya-Allah saya akan cuba sehabis baik untuk jadi juara dunia,” katanya sambil menahan sebak kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan silat negara di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Harriz Naufal bakal beraksi dalam kategori remaja H lelaki 67-71 kilogram (kg).

Selain Harriz Naufal, Malaysia turut menghantar keseluruhan 46 atlet ke Abu Dhabi, di mana 31 daripadanya merupakan atlet senior dan 15 atlet remaja.

Pada edisi lalu yang berlangsung di Melaka, Malaysia merangkul keseluruhan tujuh pingat emas, lapan pingat perak dan lapan pingat gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan