Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kecederaan buku lali kanan memaksa pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, melupakan hasrat memburu gelaran juara di Jelajah Akhir Dunia BWF 2024. Foto Lee Zii Jia (FB)

Cabaran Zii Jia berakhir di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kecederaan buku lali kanan memaksa pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, melupakan hasrat memburu gelaran juara di Jelajah Akhir Dunia BWF 2024 selepas menarik diri ketika perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A di Hangzhou, China, hari ini.

Pada aksi di Gimnasium Olimpik Hangzhou, pemain nombor lapan dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu terpaksa membuat keputusan tersebut ketika mendahului 15-11 menentang wakil tuan rumah Li Shi Feng.

Dalam pada itu, Team LZJ dalam laman X memaklumkan Zii Jia sedang mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan dan beliau keluar gelanggang dengan menggunakan kerusi roda.

“Penyertaan Lee Zii Jia di #BWFWorldTourFinals2024 terpaksa berakhir disebabkan kecederaan buku lali kanan,” menurut kenyataan itu.

Keputusan menarik diri itu menyaksikan kemenangannya dalam dua perlawanan awal sebelum ini ke atas jaguh Taiwan Chou Tien Chen dan Anders Antonsen dari Denmark, di mana beliau sudah pun mengesahkan tempatnya ke separuh akhir dibatalkan.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya mengesahkan slot separuh akhir apabila mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Paris 2024, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan, 24-22, 21-12.

Pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, gandingan nombor tujuh dunia itu mengambil masa 42 minit untuk mencapai kemenangan straight set, sekali gus muncul naib juara kumpulan.

Beregu negara itu akan mengiringi juara kumpulan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark ke pentas separuh akhir.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan